raya tahun ni awal kan ? bulan 8 pulak tu . mesti kemeriahan nya terasa sangat . dengan sambut merdeka . betul-betul meriah . tapi kan kalau cerita tentang raya , saat paling seronok sekali mesti tentang puasa kan ? paling mencabar dan penuh denagn kenangan . lagi-lagi masa hari pertama puasa . macam nak pengsan tahan lapar . kesian kat adik-adik yang baru nak belajar puasa . sabar ye sayang , sikit-sikit dulu . nanti baru puasa penuh . nafsu memang menguasai masa ni . lagi-lagi masa ke bazar ramadhan . rambang mata kan ? semua nak dibeli . tapi akhirnya ? sikit je yang dimakan .
kemudian , beralih pula kita ke sembahyang terawih . ha ! ada je manusia bergelar kaum adam yang nak mengelakkan ? tapi memang hari pertama tidak dapt dinafikan , ramai betul yang datang , sampai sembahyang dekat luar masjid . tapi nama pun hari pertama . lepas seminggu berlalu , saya tengok dah tinggal separuh je yang pergi sembayang terawih . ada yang datang semata-mata nak jumpa pakwe . Allahuakbar . ini tempat beribadat syang , bukan tempat maksiat . dan bila hari terakhir saya pergi , lagilah terkejut . perempuan tinggal dua baris suku sahaja . yang ada nenek-nenek yang setia dengan ibadah nya . tapi bagi sya lagi seronok . saya rasa lebih tawadhuk bersama warga tua . alhamdulillah . seronok sembahyang terawih tahun ini . semoga kita berjumpa lagi nenek tahun depan .
seterusnya buat ketupat . ha ! waktu ini saya rasa paling best . sebab yang pandai buat ketupat dalam keluarga saya cuma saya , abah dan emak . abang , dan adik saya yang lelaki tak pandai buat . kesian mereka . tengok kan je . tapi kami yang pandai ni pulak main lumba-lumba . siapa dapat siapkan paling banyak . sampai penat tangan ni menganyam .
lepas dah menganyam ketupat , saya ikut abang saya ke belakang rumah pasang lampu raya . lampu raya ? ape tu ? pelita lah sayang . masa budak-nudak dulu panggil lampu raya . tuang minayak tanah , sangkut dekat batang buluh yang abang saya dah siapkan pagi tadi dengan paku nya sekali , lepas tu nayalakan api . wah ! cantik nya !
selamat hari raya ! maaf zahir dan batin ^_^