tika ku kealpaan , kau bisikkan bicara keinsafan , kau beri kekuatan tika aku diuji dengan dugaan , saat ku kehilangan keyakinan , kau nyalakan harapan , saat ku meragukan keampunan Tuhan , kau katakan rahmatNya , mengatasi segalanya . .

Saturday 12 October 2013

terasa hati




assalamualaikum warahmatullah ..

harap dalam keadaan sihat sejahtera.
beberapa hari ni tak tahu kenapa terasa sangat terasa hati dengan seorang hamba Allah ni. juga merangkap seorang sahabat . ya Allah , sabarkan hambamu ini .

semuanya bermula disini .
seorang insan hadir sebagai seorang sahabat yang sangat periang . sentiasa ada ketika daku dalam kesedihan ,kegembiraan , kejayaan , kejatuhan . namun suatu hari ku terima mesej ringkas berupa ungkapan "iloveyou"
astaghfirullahh , tak menyangka dia menyimpan perasaan dan berani meluahkan dengan cara sebergitu . 

diriku hanya mendiamkan diri dan terus bersahabat seperti biasa. sehinggakan suatu hari diriku terlepas kata dan mungkin menghiris hatinya . 
terus dia terasa hati . Allahuakbar . maafkan daku sahabat . sungguh ku tidak berniat untuk melakukannya . dia terus membawa diri kerana terasa hati dengan ku . daku cuba menghubunginya dan cuba menjalinkan ukhuwah persahabatan yang telah lama terbina . dia melayanku dengan acuh tak acuh . hanya Allah saja yang tahu betapa kecilnya hatiku ketika kau memperlakukan sahabatmu seperti itu . 

setelah beberapa minggu , daku mendengar suatu khabar mengatakan kau sudah ber'couple' dengan seseorang di tempat belajar . berita yang sangat mengejutkan . dalam keadaan mengantuk pun boleh jadi segar dengar berita ni. siap bersayang2 di laman sosial . astaghfirullah .. tidak sekali-kali untuk cemburu , cuma tidakkah kau sabar menahan nafsu mu ? terasa kerana diriku mendapat tahu bukan dari dia sendiri . terima kasih sahabat . terima kasih ! 

berdiam diri tak bermakna tiada jawapan . 
berdiam diri tak bermakna menolak sekerasnya . 
berdiam diri tak bermakna lemah . 

mohon mengerti . 
kawal lah nafsu mu semampunya . malukah kau mempunyai status single ? 
malukah kau tidak berpunya ? malukah kau diperli kerana dikatakan tidak laku ?
sesungguhnya buat insan yang sedang menahan nafsunya , Allah mengangkat darjatnya . 
berbanggalah kerana mampu menundukkan nafsumu sendiri . bukan berbangga kerana berjaya melanggar perintah Allah . 

Allah sendiri telah berfirman : lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik:
jadi ? kita sebagai hamba Allah haruslah berusaha berlumba-lumba menjadi hamba yang baik , bertaqwa , bukan untuk mendapat pasangan yang baik semata , tetapi untuk menempah sijil sama ada lulus ke syurga atau gagal ke neraka . Allahu . semoga Allah sentiasa bersama kita .

*peringatan buat diriku juga yang masih kurang ilmu dan sedang berusaha kearah kebaikan . insyaAllah ! 


untukmu sahabat :
unic  : sahabat sejati 

UNIC - Sahabat Sejati

Thursday 18 April 2013

syurga cinta

 
permata yang dicari :)
 
 

hadirnya tanpa ku sedari
menggamit kasih cinta bersemi
hadir cinta insan padaku ini
anugerah kurniaan Ilahi
 
lembut tutur bicaranya
menarik hatiku untuk mendekatinya
kesopanannya memikat di hati
mendamaikan jiwaku yang resah ini
 
ya Allah jika dia benar untukku
dekatkanlah hatinya dengan hatiku
jika dia bukan milikku
damaikanlah hatiku dengan ketentuanmu
 
dialah permata yang dicari
selama ini baru ku temui
tapi tak pasti rencana Ilahi
apakah dia untuk  ku miliki
 
 
tidak sekali dinodai nafsu
akan ku batasi dgn syariatmu
jika dirinya bukan untuk ku
redha hatiku dgn ketentuanmu
 
ya Allah engkaulah tempat ku bergantung harapanku
ku harap diriku sentiasa dibawah rahmatmu . . . .
 
 
*by : de hearty 
 

Tuesday 16 April 2013

Persada Johor


hai ! salam dihulur semanis warkah cinta dari seorang muslimin .
semoga dirimu sentiasa dirahmati dan diredhai Allah selalu :)

Persada Johor ? apakah itu ?
haa , kalau tak tahu , search lah dekat google .
gunakan kelebihan google dengan sebaiknya .

hari ahad lepas bersamaan dengan tarikh 14.04.2013 , di Persada Johor telah mengadakan Karnival Jom Masuk U khas buat semua manusia tak kira pelbagai kaum , pelbagai usia , pelbagai rupa dan pelbagai latar belakang . semuanya di alu-alukan untuk ke Karnival . kat Johor Bharu ni adalah penutup bagi Karnival jom masuk U sebab sebelum ni dah merata karnival ni diadakan kat seluruh Malaysia :)

tahniah berganda buat yang datang dengan macam-macam usaha . karnival ni pengisian nya sangat bagus ! sebab dalam ni banyak kita dapat pendedahan tentang sesuatu tempat atau lebih dikenali sebagai IPT (INSTITUT PENGAJIAN TINGGI) tak kira awam , swasta , kemahiran dan kolej-kolej yang diiktiraf . yang pastinya semua yang hadir memang akan berpuas hati sebab dapat macam-macam maklumat tentang nak sambung belajar .

ada yang bagi pamplet , terus isi borang , tawaran biasiswa , dapat jumpa lecturer nya sendiri . macam masa ahad tu saya pergi karnival ni . pergi part UITM , tanya pasal program DPA , kebetulan ada lecturer nya sendiri . haa , memang seronok dapat berinteraksi dengan lecturer nya . orang nya lembut bukan main , tenang , sabar dan bersemangat . saya yang mendengar penjelasan cik tu masa tu pun rasa bersemangat sama . terima kasih cik UiTM. memeng sangat berpuas hati !
*bagi bunga ^.^

paling best rasanya masa karnival tu adalah dapat jumpa kawan lama dekat SMA Arab Annur dulu . ohh terasa tak dapat dibendung rindunya ! jumpa dengan nur farwizah dan hairun nisya . memang peluk terus ! rindu sangat-sangat ! rupanya diarang sekarang tengah amik STAM dekat Maahad Johor . Alhamdulillah , kalau ada rezeki dan usaha yang lebih , mungkin diarang akan sambung belajar kat Universiti Al-Azhar , Mesir :)
*proud to be their friend !

kemudian jumpa pulak junior dekat SMK Dato Seth , nama dia nur fauzani . terkejut bila dia panggil separuh menjerit ;) comel lah dia ni . selalu kalau jumpa mmg peluk pun terus . rindu nak jumpa dia macam selalu masa jaga PA systerm .
*wish her will be the best in SPM ^_^

lastly jumpa adik tersayang nama nur syafiqah nadhirah a.k.a Eqa . ni lagi satu yang suka menjerit bila nampak orang . comel je budak kecik ni . dah nampak sedikit bulat dah .
*wish her will be the best among the best ^_^

denagn macam-macam IPT yang dipegi , memang semuanya bagus-bagus . takda yang tak bagus . ape-ape pun sekarang berserah pada yang nka mohon tu . kalau bersemangat , masuk mana pun kalau usaha lebih , akan tetap berjaya dan sampai atas . lain lah kalau tak nak berusaha , dah di tolong pun masih berkeras malas sambung belajar , memang tak tahu nak kata ape . diri sendiri yang tentukan masa depan .

*ingat ! jalan masa depan lagi panjang dan penuh dengan cabaran .semoga kita dapat jalani setiap yang datng dengan bersemangat , sabar dan usaha . semoga berjaya di masa akan datang ! fighting !!

Friday 29 March 2013


sahabat selamanya
 

 
salam dihulur selembut sutera .
semoga diredhai Allah dan dirahmati selalu :)


Alhamdulillah , segala puji bagi Allah yang sentiasa menyayangi hamba-hambanya . meskipun hamba-hambanya selalu lupa kepadaNya . hari ini nak bercerita tentang tarikh keramat bagi pelajar yang sedang menunggu keputusan Spm pada 21.April.2013 .

macam-macam berlaku pada hari sebelum menjelang tarikh yang dinanti tu . kalau buka laman sosial facebook , tak terkira kawan-kawan sebaya yang buat status menghitung hari , detik berlalu , berapa hari lagi :) semangat betul kawan- kawan ni buat status yang menampakkan keterujaan nak ambil keputusan SPM .

pada pagi hari 21.April.2012 , datng ke sekolah dengan kawan-kawan iaitu Nur Adawiah Zainun (eiya) dan Suhaili (elly) . kami sama-sama pergi naik kerat yang dipandu oleh zulkhairi . untunglah pandai bawak kereta dan dah ada lesen . cemburu nya !
sampai sekolah jumpa dengan kawan-kawan lain . paling seronoknya datang saing sahabat
boeno , nurhanani (nani) :) masing kawan-kawan yang lain berbaju kurung bermacam-macam warna dan gaya . ada jugak yang tak nak kalah datin  bergaya bukan main . harap-harap dapat result yang cemerlang :)

masuk dewan terus ke kaunter pelepasan hutang untuk dapatkan kupon kecik yang menandakan kita takda hutang dan boleh amik sijil berhenti dan slip SPM . dengan debaran yang menggila sebab semua pelajar sekolah junior dah pun turun bawah bawak majalah sekolah . bila bebrapa ibu bapa pelajar dah sampai . cikgu tajuddin merangkap guru penolong kanan pentadbiran naik pentas diiringi puan pengetua , puan hajah rokiah binti mahmud dan juga bersama cikgu hamisah memgang dulang berisi keputusan pelajar cemerlang .

debaran buakna main kemuncak . hanyaAllah yang tawu betapa takutnya masa tu . bila penerangan keputusan diumumkan , tibalah masa pengumuman pelajar cemerlang yang dapat 5A dalam SPM . nama dipaparkan dekat slide show dan di panggil ke atas pentas untuk menerima slip SPM daripada puan pengetua . diikuti 6A , pelajar 7A , pelajar 8A , pelajar 9A , dan juga pelajar paling cemerlang yang mendapat 10A :)

tahniah dan syabas ducapkan kepada pelajar cemerlang yang mendapat 10A dalam SPM . pelajar aliran sains tulen Nur Fauziah Binti Mohd Haya :) alhamdulillah , berkat usaha dia yang tak pernah putus selama ni . tahniah pau ! saya ? alhamdulillah dapat 6A , Adawiah dan Adibah Arbaan dapat 7a , Hanani dapat 5A . alhamdulillah . semoga sahabat-sahabat lain juga terus berusaha pada masa akan datang .

Alhamdulillah , segala puji-pujian dibalikkan semula kepada Allah .
semuanya atas empat perkara yang disebut sebagai DUIT :
D - doa
U - usaha
I  - ikhtiar

T - tawakal
renungi semula adakah kita semua telah berjaya melaksanakan keempat-empat perkara ni , insyaAllah berjaya dan doa kita serta segala penat lelah kita menjadi kenyataan :)

sesungguhnya setiap kejayaan yang kita perolehi adalah pinjaman dari Allah semata-mata . kalau kita lupa dengan apa yang kita dah dapat . tak mustahil akan ditarik semula .

semoga sahabat-sahabat yang dirindui selalu akan terus berjaya pada masa hadapan :)

 
 

adibah . adwiah . zahra . azlan


wasimah . syikin . adawiah . zahra

sahabat 5 jelutong
 
 

 

Friday 22 February 2013

happy birthday to you~

 
 
 







hai . hello . annaesayo . samadikap :)
selamat pagi ! indahnya pagi ni . semoga akan terus kekal indah . aminn
hari ni berapa hari bulan yea ? ape ? 23.02.2013 . yes ! excellent lah .
hari ni adalah hari jadi saya a.k.a siti az zahra binti ahmad satar . hehehe .
so ? jom nyanyikan sebuah lagu untuk insan bernama siti az zahra ni :)

happy birthday to you , happy birthday to you , happy birthday to . . .  zara , happy birthday ...to you ^_^

selamat hari jadi , selamat hari jadi , selamat hari jadi zara..... selamat hari jadiii  ^_^

Allah selamatkan kamu , Allah selamatkan kamu , Allah selamatkan siti azzahra , Allah selamat kan kamu .... ^_^

alhamdulillah , saya dah menginjak ke alam yang lebih mencabar dah . dah cukup 18 tahun ! dengan kata lain dah bertambah tua . hehehe . ape-ape pon , nak ucapkan terima kasih pada yang setia mengingati hari jadi saya . mereka yang bergelar sahabat forever lah senang kate :) hehehehe .

terima kasih kepada
nurhanani binti mohd arifin , noorhanizam bin selamat , muhamad amirul zaki bin mohd ismail , muhamad azri bin zakaria , adibah binti arbaan , kak siti noor amirah binti husin , nur adawiah zainun binti salikon , aizat zharif bin zainal , haikal yong syafiq bin abd wahab , farah nabila binti fadzil , syahira binti masri .

yang sweet nyanyikan lagu happy birthday : my beloved mother and nur syauqin binti misrom

terima kasih sebab ingat ! walaupun saya dah private kan tarikh birthday ni dekat facebook . korang tetap ingat . sayang korang sangat3 !! terasa sangat sayangkan orang2 ni . terima kasih sayang ! terima kasih atas doa yang diberikan dan juga ucapan yang mengharukan . semoga kamu semua di SAYANG Allah s.w.t ^_^

happy birthday diucapkan juga kepada sahabat sekelas yang bernama Lau Shui Hui . semoga kamu berjaya mendapat result yang cemerlang dalam SPM nanti . see you di ipt yea Lau ! tahun sebelum ni masa form 4 dan form 5 , kita sambut birthday sama-sama , kita share coklat sama-sama (walaupun saya bagi awak banyak sebab saya tak suka coklat!) hehehe . kita dinyanyikan ramai-ramai , kita pun dikenakan ramai-ramai . tahun ni ,kita tengok siapa yang ingat birthday kita . mereka lah yang sebenar-benar sahabat <3

rindunya pada sekolah masa birthday form4 dan form 5 ^_^


masa form 4 :

jatuh tarikh 23.02.2011 pada hari rabu . masa tu ada kokurikulum dan semestinya kena stay sampai petang . masa tu jadi penolong dan masuk kelas lambat sikit dari yang lain . bila kaki jejak ke dalam kelas , semua jerit nyanyikan lagu happy birthday . terasa nak menangis pun ada :') masa nak letak fail bawah meja , tengok bawah meja ada banyak coklat dan juga kat hari jadi (made by tangan) hehehe . terharu tak terkata . tersenyum sampai telinga . lepas tu waktu rehat jumpa pelajar kelas lain pun mereka cakap happy birthday . paling terasa sekali bila seorang kawan dari kelas lain bernama muhd noor fitri bagi 2 coklat cadbury . hahaha . bukan ape , pelik sebab tak satu kelas . bagi depan pejabat pulak tu . ape-ape pun sangat berterima kasih ! sebelah petang pulak , ada pertandingan explorace antara unit beruniform . saya dan team kadet polis ambil bahagian . hehehe . mmg seronok berpeluh-peluh nak menang , lagi-lagi paling seronok dgn kawan-kawan dan juga ketua pengawas yang jadi leader :) alhamdulillah dapat tempat ke 4 dari yang ke 6 . kenangan terindah pada hari lahir sendiri di sekolah baru ^_^ terima kasih ! ! !


masa form 5 :

jatuhnya tarikh ini pada hari rabu jugak . stay lagi dekat sekolah sampai petang . lebih advanture , kali ni ada pertandingan saringan untuk majlis tilawah Al-quran . saya masuk tilawah al-quran taranum perempuan . alhamdulillah berkat kesungguhan , dapatlah tempat ke dua :) lepas selesai pertandingan pulak , kena sama-sama team kadet polis buat sepanduk maulidur rasul . hehehe . dgn panasnya pakai uniform , Allah je yang tahu semua tu . masa nak balik pulak hampir-hampir dibaling tepung oleh kawan sekelas , tapi disebabkan cakap nak sembayang dulu , terus tak jadi . dah diarang bagi 2 paket tepung suruh buat balik :D hehehe . terima kasih atas usaha korang ! alhamdulillah tak kena . hehehe

begitulah kisahnya semasa hari lahir di sekolah . semua membawa tuah , lebih-lebih lagi diingati oleh sahabat handai yang teristimewa hingga akhir hayat . terima kasih ! semoga kamu semua disayang Allah . segala kenangan akan saya simpan dengan kemas dalam memori terindah . semoga kita dapat bersatu kembali sahabat ^_^

*happy birhday siti az zahra ! :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...