tika ku kealpaan , kau bisikkan bicara keinsafan , kau beri kekuatan tika aku diuji dengan dugaan , saat ku kehilangan keyakinan , kau nyalakan harapan , saat ku meragukan keampunan Tuhan , kau katakan rahmatNya , mengatasi segalanya . .

Tuesday 25 September 2012

perhiasan terindah


manis c:
 
seindah hiasan adalah wanita solehan .
 
kejernihan wajahmu ,
sempurna pada pandanganku ,
kau kerana keturunan terpilih ,
disanjung serta dihormati ,
kau permata kesedehanaanmu ,
mengecap kekayaan dunia ,
kau mestika ketaqwaan dirimu ,
itu yang merantai jiwaku . . .
 
 
 
uhibbukumfillah !
sesungguhnya setiap kejadian-Nya itu sangat cantik dan indah . semoga kita tergolong dalam setiap nikmat yang Allah jadikan kepada kita , kecantikan , kesihatan , iman dan islam serta kesihatan tubuh badan . kehidupan di dunia ini umpama sebuah roda besar yang sentiasa berputar tanpa henti . jika diteliti dari pelbagai aspek , dapat kita fahami makna tersirat di sebalik roda itu , roda umpama masa yang tidak pernah berhenti untuk menunggu kita . sebaliknya kita yang harus peka untuk mengejarnya . manakala naik turunnya roda itu umpama kehidupan kita sebagai hamba Allah yang sentiasa khilaf dan melakukan kesalahn . kadangkala kita alpa akan nikmat yang Allah beri pada kita walaupun sekecil kuman , namun , andai kita dilanda musibah dan kesusahan , cepat-cepat kita mencari Allah untuk memohon pertolongan .
 
adakah itu sifat seorang hamba yang taat ?
sesungguhnya kita telah diciptakan-Nya dari tanah dan disempurnakan dengan organ yang cantik dan tersusun . bersyukurlah atas segala nikmatnya . seandainya roda kita berhenti secara tiba-tiba , adakah taubat kita masih diterima ? nauzubillah .
 
 
bersama-samalah kita kembali ke jalan-Nya . sesungguhnya Allah sangat menyayangi hamba-hambanya yang bertaqwa dan bersyukur . begitu juga buat wanita , lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik kerana keadilan ditujukan kepada yang melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran . sama-sama lah kita menuju kearah kebaikan kerana , kita sama-sama mahukan srikandi yang soleh dan bakal menjadi imam buat kita sehingga ke akhir hayat . aminn
 
 
:: bunga solehah ::
 
:: srikandi soleh ::

Friday 14 September 2012

hati tak keruan .


 
 
hai . kita jumpa lagi . dah lama tak update post . biasalah kan calon SPM mmg mcm tu je alasanya . kami sekarang sedang bertungkus-lumus , tongkang-terbalik , berhempas-pulas dalam medan trial spm . huhu . meskipun mood raya masih segar bugar , tapi ape kan daya , lupa kan jelah jawabnya .
 
tajuk :: hati tak keruan ::
 
sebenarnya nak cerita sikit tentang diri sendiri ni yang dah banyak berubah . huhu . ape nak jadi pun dah tak tahu . semakin nak menjelang spm , semakin bertambah mim alif lam sin nya . oh zahra . ape nak jadi dengan awak ni ? lepas perginya my beloved month >ramadhan< , terus dah tak struggle nak study . macam relex-relex je . amboi . tak sedar dek nak mengadap spm . astagfirullah ! 
 
  kembar di sekolah
    ustazah siti salmiah
 
kenapa malas tu semakin rapat ni dengan zara . oh tidak , dah tak dapat spend time dgn al-Quran dan ma'thurat lepas maghrib , dah tak consistent bangun pagi even nak solat tahajud . ya Allah . dah semakin tak terurus dah . kuatkan lah hati ni . kenapa jadi semakin tak keruan dan jiwa tak tenteram . mungkin dah tak jadi close friends dengan Al-Quran . zara oh zara , kuatkan lah hati .
 
spm tinggal berapa hari lagi . come on ! change yourself . lupe kan perkara-perkara yang remeh temeh , lupakan hobi yang pelik-pelik tu . forget . ni pun tinggal last paper trial . semoga dapat jawab dengan baik nanti . kepada calon JA057A068 , semoga hati mu diberikan hidayah untuk berubah , belajar bersungguh-sungguh , berjaya dalam hidupmu dunia dan akhirat , dan buat mak dan abah tersenyum bangga . insyaAllah zara boleh . kuatkan lah hati ini .
 

 saya si pengawas bersama
 Adibah Arbaan
 

bersama pelajar cemerlang sekolah
nur fauziah mohd haya
dari kiri : zara . adawiah . elly
 
 
semoga kami mendapat kejayaan cemerlang dalam spm kami .
sekian salam sayang . zahra .
 
 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...