tika ku kealpaan , kau bisikkan bicara keinsafan , kau beri kekuatan tika aku diuji dengan dugaan , saat ku kehilangan keyakinan , kau nyalakan harapan , saat ku meragukan keampunan Tuhan , kau katakan rahmatNya , mengatasi segalanya . .

Wednesday 16 May 2012

cikgu ! selamat hari guru !










"selamat hari guru , cikgu !"
"selamat hari cikgu , guru !"


macam same bunyi nya kan ? tapi mendalam tau maksud nya . satu hari je kan hari kita menyambut dan menghargai jasa dia . sedangkan mereka semua didik kita 360 hari , tak tolak cuti , tanda hormwork kita yang lubang-lubang tu , taip dan analisis markah exam kita yang sangat baik+cemerlang tu , yang cari buku-buku latihan untuk dikumpulkan soalan-soalan dan ditaip untuk kerja sekolah kita , yang bersengkang mata buat kan cara paling mudah nak bantu kita buat kerja kursus . tengok tu ? betapa banyak nya pengorbanan mereka kan ? ni baru muqadimah je . belum lagi cerita karenah kita yang baik lagi sopan santun dalan kelas tu . agaknya kalau bagi letak seekor harimau yang garang suruh ajar kita satu hari , mmg hilang suara lah jawab nya harimau tu . kalau bagi seekor kura-kura yang paling sabar suruh ajar kita sehari je pun agak nya dah terjun gaung sebab tak tahan kan ? yelah kita kan pelajar paling baik , paling dengar kata kan ? siapa terasa harap muhasabah lah diri tu cepat-cepat yea awak . bukan saya baik sangat , tapi , sama-sama lah kita bertaubat . ;)

tahu tak , kajian menunjukkan yang kebanyakan para guru di malaysia ni kerap kali berjumpa dengan Doktor Psikologi untuk dapat kan nasihat . hahh ?! biar betul ni ? tiputiputipu ! ehh-II , betul lah ! sapa kata saya tipu ni ? guru-II ni pergi dapatkan nasihat mcm mana nak hilang kan stress . mane tak sakit otak dibuat nya mengadap kita yang ade setengahnya perangai mcm hantu . tak reti nak duduk diam . nak kata tak faham bahasa , majoriti org melayu kan ?

kalau sekarang kita tengok ada yang dah jadi doktor , pensyarah , peguam , ahli perniagaan , perdana menteri , akauntan , malahan jutawan sekalipun , semua nya bermula dari seorang guru biasa . kata-kata ni dipetik dan di copy paste dari ucapan ketua pengawas sekolah saya pagi tadi . terdiam saya dibuat nya . jadi yang dah berjaya tu , jangan lupa pada jasa guru . kalau lalu dekat pasar ternampak cikgu mase sekolah rendah sekali pun . tegurlah dia . cikgu kita tu tak mintak tumpang pun kereta baru beli + baru basuh awak tu , tapi dia cuma nak tengok awak berjaya dan jadi orang yang berguna je satu hari nanti . ?
 
 tingkatan 4
dulu berbakti sebagai penolong




sekarang dah pencen jadi penolong .
berbakti sebagai seorang pengawas pulak


sebenarnya tak kira nak jadi apa di sekolah tu , saya tak wajib kan suruh dapat kan jawatan tinggi . kan tak pasal-pasal 1 kelas ada 20 orang ketua kelas pulak , 10 orang pengawas pulak . ada jugak yang bertarik tudung nak jadi penolong . just to be yourself . tapi cuba dan cuba untuk jadi yang terbaik serta memperoleh kejayaan  untuk dia . pasti dia akan tersenyum manis dan berbangga terhadap kita .


akhir kata sayangi lah cikgu-cikgu kita yang bertungkus-lumus , bertongkang-terbalik ,
bermati-matian nak buat kita berjaya . cikgu , semoga Allah sentiasa merahmatimu .
jasamu akan saya kenang sehingga akhir hayat saya .
cikgu cikgu , saya sayang cikgu .







love teacher ! thank you teachers ^_^


Saturday 5 May 2012

facebook .






sebenarnya apa kegunaan facebook ? untuk bersosial denagn orang luar ? ke untuk menambah kawan atau untuk mencari masalh peribadi orang ? tak pastilah mana satu tujuan kita berfacebook . bagi saya facebook ni tempat untuk meluangkan masa lapang . nak tahu isu semasa dan keadaan kawan-kawan saya yang jauh dimata namun dekat di hati ini .

tapi saya pelik tengok yang sesetengah ahli facebook . letak gambar yang tak sepatutnya . tentulah awak tahu , perempuan lah yang buat mcm ni kan . kenapa ? apa tujuan buat macam tu ? nak tunjuk dekat siapa agaknya ? saya jugak perempuan . tetapi berpada-pada lah sikit wahai sayang . jangan sampai lelaki label kita yang bukan-bukan . saya bukan memanda-mandai tapi kawan saya yang bernama lelaki pernah bertanya pada saya :

" zara , kenapa orang perempuan suka dedah aurat ? dalam facebook tu aku tengok bukan main lagi . apa tujuan sebenarnya ? "

Ya Allah , apa agaknya saya nak jawab . segan rasanya ada orang lelaki tanya macam tu . saya cuma tersenyum dan berkata " setiap orang berpandangan lain-lain" . lalu kawan saya pun tersenyum dan kembali menumpukan semula pada pengajaran . saya tak marah awak tak pakai tudung , hidayah di tangan Allah . tapi jgn paki baju bertali-tali sampai boleh menimbulkan sesuatu perasaan pada kaum lelaki . saya sayang awak wahai perempuan . sebab tu sya menasihati awak . semoga kita sama-sama perbaiki .

#seindah hiasan adalah wanita solehah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...