tika ku kealpaan , kau bisikkan bicara keinsafan , kau beri kekuatan tika aku diuji dengan dugaan , saat ku kehilangan keyakinan , kau nyalakan harapan , saat ku meragukan keampunan Tuhan , kau katakan rahmatNya , mengatasi segalanya . .

Thursday 5 July 2012

fadhilat ramadhan






bissmilahirahmanirahim (n_n)
alhamdulillah kita dah sampai ke bulan syaaban akhir .
sedar tak sedar dah dekat kan kita pada bulan yang paling ditunggu-tunggu .
iaitu bulan RAMADHAN . saya suka sangat bulan ni . ;)

disini saya nak kongsikan dengan awak semua tentang fadhilat ramadhan .

Hazrat Salman r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda kepada kami pada hari terakhir bagi bulan syaaban :

       "wahai manusia ! telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati . Satu bulan yang terdpat di dalamnya satu malam Lailatul Qadar yang lebih baik daripada seribu bulan . satu bulan yang Allah SWT  telah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai satu amalan fardhu . dan berdiri pada malamnya (bertarawih) sebagai satu amalan sunat . sesiapa yang cuba menghampiri Allah padanya dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seorang yang telah menunaikan satu fardhu di dalamnya adalah seumpama seorang yang menunaikan 70 fardhu pada bulan-bulan lain .

         Ia adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah syurga . ia adalah bulan simpati . ianya adalah bulan yang ditambah rezeki kepada orang-orang yang beriman . sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka , maka ia merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan dirinya dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun dari ganjarannya . sahabat-sahabat r.a lalu berkata
" tidaklah setiap daripada kami mempunyai sesuatu untuk diberi kepada orang yang berpuasa untuk berbuka ". maka Rasulullah SAW bersabda " Allah SWT memberi pahala itu kepada sesiapa yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka ".

        Ia adalah satu bulan yang pada bahagian awalnya Rahmat , pertengahannya Keampunan dan diakhirnya Kelepasan Dari Api Neraka . sesiapa yang meringankan beban hamba-hambanya (pekerja-pekerjanya) pada bulan itu maka dia akan diampunkan oleh Allah dan akan dilepaskan dari azab api neraka .

        Perbanyakkanlah pada bulan ini empat perkara . kamu meredhakan Tuhan kamu dengan dua perkara dan dua perkara lagi yang kamu tidak boleh tidak kamu memerlukannya . ada pun dua perkara yang kamu dapat meredhakannya Tuhan kamu dengan nya adalah penyaksian bahawa Tiada Tuhan Selain Dari Allah ( LAILA HAILALLAH ) dan kamu memohon istighfar daripadaNya . sementara dua perkara yang tidak boleh tidak kamu perlukan nya ialah memohon Syurga dari Allah dan meminta Perlindungan Dari Api Neraka .

         Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah SWT akan memberinya minum dari telagaku ( pada hari kiamat ) , dengan sekali minum , dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk kedalam Syurga " .

SUBAHANALLAH !
banyak sunggh kebaikan bulan ramadhan .
ini belum lagi saya bercerita lebih terperinci tentang kebaikan solat terawih .
kebaikan malam lailatulkadar . Allahuakbar .

duhai teman , sama-sama lah kita berusaha untuk merebut segala ganjaran yang Allah berikan kepada kita pada bulan ramadahn kerana sesungguhnya Syaitan telah diikat pada bulan itu . semoga kita terpelihara daripada godaan Nafsu semata-mata . insyaAllah .

selamat datang ramadhan .

#take note

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...