tika ku kealpaan , kau bisikkan bicara keinsafan , kau beri kekuatan tika aku diuji dengan dugaan , saat ku kehilangan keyakinan , kau nyalakan harapan , saat ku meragukan keampunan Tuhan , kau katakan rahmatNya , mengatasi segalanya . .

Friday 30 November 2012

sweetnya~

~pengantin baru~
 
hai assalamualaikum antum~
 
nampak tak gambar kat atas ni ? sweet kan mereka ? mereka berdua ni pengantin baru . dapat maklumat ni dari facebook . ya Allah sweetnya ! ! ! memang sangat tertarik lah dengan pasangan ni . ada aura mereka tersendiri tau tengok gambar ni . ade sesiapa yang pasang angan2 nak jadi macam ni tak ? kalau ada tu alhamdulillah , hidayah telah awak perolehi . kalau takde ? hmm~ semoga Allah turunkan hidayah pada awak secepatnya . aminn
 
alang2 dah masuk bab kawin2 ni kan , boleh jugak sentuh bab cinta sekali . mula2 nak buat analisis item . ade ke manusia dalam dunia ni tak pernah ade perasaan suka pada insan berlawanan jantina dgn nya ? jeng3 . teeeettttt~ mestilah tak ada kan . sebab Allah dah ciptakan manusia ni sentiasa tertarik dengan jantina yang berlawanan dengan nya . masyaAllah . tak sangka begitu sempurna ciptaan Nya .
 
sesetengah orang ada cakap yang bercinta selepas kawin tu adalah yang terbaik . saya sokong ! sebab bila bercinta selepas kawin ni macam2 faedah kita dapat . yang pastinya semua tentang orang yang bakal kita kawini tu adalah rahsia . dan rahsia tu kan kita bongkar lepas kawin nanti . tak ke sweet gitu . hehe . kalau yang dah bercinta sebelum kawin , semua tentang dia kita dah tawu . jadi nanti dah tak ada yang special dalam kehidupan kita . hilang dah semangan inkuiri kita pada dia .
 
dengan adanya macam tu , segala pergaulan kita akan terjaga , nak jumpa pun segan , nak tegur pun segan , nak bergurau lagilah segan , pakej dgn nak jalan same2 pun segan . haa , bila semua nya dah jadi segan maknanya kita ada perasaan malu . alhamdulillah~ malu tu sebahagian daripada iman . kalau boleh bertepuk tampar , peluk sana peluk sini , pegang sana pegang sisni , naik motor kesana kemari , tu nampaknya dah hilang rasa malu . harapnya taklah . sebab bila hilang je perasaan malu pada diri kita ni , maka iman kita pun hampir hilang . iman kita ada masalah .
 
duhai teman , jangan lah engkau bimbang , Allah sudah menetapkan sejak azali lagi siapakah jodohmu . dan setiap jodoh yang dipertemukan tu akan saling melengkapi antara satu sama lain . yang saya tahu lah kan , orang kata kalau kita ni jenis pendiam , jodoh kita adalah orang yang ceria dan peramah . begitulah sebaliknya . subahanallah ! Allah sentiasa nak manusia ni dalam keadaan sempurna . terima kasih ya Allah ! semoga kita akan terus memperbaiki diri kita . perbaiki amal , iman , taqwa ,dan peribadi kita . harapnya dia juga turut sama dalam proses bermujahadah . agar kita dapat bina sebuah keluarga yang bahagia dan mendapat keredhaan Allah . aminn
 
  nurul iman
 


Wednesday 21 November 2012

seandainya . . .


cinta itu menggembirakan .
bukan memberi kedukaan .
 
cintailah Allah ,
nescaya cintamu kepada
makhluknya juga akan terpelihara ..
 
 
Jika aku jatuh hati ,
Izinkan lah aku menyentuh hati seseorang yg ikhlas menyintaiku . .
Agar aku tidak jatuh ke dalam jurang cinta nafsu . .

Jika aku jatuh cinta ,
Cintakan lah aku pada seseorang yang melabuh kn cintanyayg sejujur2nya ,
Sesungguhnya cinta itu bernilai dan berharga buat diriku . .

 
Tapi . .
Jika cinta itu bukan benar2 milikku ,
Aku harus akui nya kerana cinta dan kasih sayang manusia ,
Hanyalah setitis jika dibandingkan dengan selautan cinta dan kasih sayang Allah . .
Sekiranya aku kehilangan setitis itu ,
Ia tidak akn menjejaskan kehidupan ku ,
selagi yang selautan itu masih aku miliki . .

semoga cinta Allah itu kekal aku miliki ,

kerana kerana cintaNya , aku akn disayangi hamba-hambaNya ..


 
~uhibbulkafilah ~
 


jangan !


 
hai Assalamualaikum hamba-hamba Allah !





Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.

Akhirat itu lebih utama

dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya


Jangan sengaja lewatkan solat.

Perbuatan ini Allah tidak suka.

Kalau tertidur lain cerita.


Jangan tidur selepas solat Subuh,

nanti rezeki mahal

(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).


Jangan makan tanpa membaca

BISMILLAH dan doa makan.

Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


Jangan keluar rumah

tanpa niat untuk membuat kebaikan.

Takut-takut kita mati dalam perjalanan


Jangan biarkan mata liar di perjalanan.

Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


Jangan menangguh taubat bila berbuat

dosa kerana mati boleh datang

bila-bila masa.


Jangan ego untuk meminta maaf pada

ibu bapa dan sesama manusia

kalau memang kita bersalah..
 

Jangan mengumpat sesama rakan

taulan. Nanti rosak persahabatan ,

kita hilang bahagia


Jangan lupa bergantung kepada ALLAH

dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.

Kalau gagal kecewa pula.


Jangan bakhil untuk bersedekah..

Sedekah itu memanjangkan umur .


Jangan biasakan berbohong,

kerana ia adalah

ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.


Jangan suka menganiaya

manusia atau haiwan.

Doa makhluk yang teraniaya

cepat dimakbulkan ALLAH


Jangan mempertikaikan kenapa

ISLAM itu berkata JANGAN.

Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang

terbaik untuk hamba ciptaanNya.

sabda rasulullah :
"sampaikan salamku walau sepotong ayat"

 




 




 

Tuesday 25 September 2012

perhiasan terindah


manis c:
 
seindah hiasan adalah wanita solehan .
 
kejernihan wajahmu ,
sempurna pada pandanganku ,
kau kerana keturunan terpilih ,
disanjung serta dihormati ,
kau permata kesedehanaanmu ,
mengecap kekayaan dunia ,
kau mestika ketaqwaan dirimu ,
itu yang merantai jiwaku . . .
 
 
 
uhibbukumfillah !
sesungguhnya setiap kejadian-Nya itu sangat cantik dan indah . semoga kita tergolong dalam setiap nikmat yang Allah jadikan kepada kita , kecantikan , kesihatan , iman dan islam serta kesihatan tubuh badan . kehidupan di dunia ini umpama sebuah roda besar yang sentiasa berputar tanpa henti . jika diteliti dari pelbagai aspek , dapat kita fahami makna tersirat di sebalik roda itu , roda umpama masa yang tidak pernah berhenti untuk menunggu kita . sebaliknya kita yang harus peka untuk mengejarnya . manakala naik turunnya roda itu umpama kehidupan kita sebagai hamba Allah yang sentiasa khilaf dan melakukan kesalahn . kadangkala kita alpa akan nikmat yang Allah beri pada kita walaupun sekecil kuman , namun , andai kita dilanda musibah dan kesusahan , cepat-cepat kita mencari Allah untuk memohon pertolongan .
 
adakah itu sifat seorang hamba yang taat ?
sesungguhnya kita telah diciptakan-Nya dari tanah dan disempurnakan dengan organ yang cantik dan tersusun . bersyukurlah atas segala nikmatnya . seandainya roda kita berhenti secara tiba-tiba , adakah taubat kita masih diterima ? nauzubillah .
 
 
bersama-samalah kita kembali ke jalan-Nya . sesungguhnya Allah sangat menyayangi hamba-hambanya yang bertaqwa dan bersyukur . begitu juga buat wanita , lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik kerana keadilan ditujukan kepada yang melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran . sama-sama lah kita menuju kearah kebaikan kerana , kita sama-sama mahukan srikandi yang soleh dan bakal menjadi imam buat kita sehingga ke akhir hayat . aminn
 
 
:: bunga solehah ::
 
:: srikandi soleh ::

Friday 14 September 2012

hati tak keruan .


 
 
hai . kita jumpa lagi . dah lama tak update post . biasalah kan calon SPM mmg mcm tu je alasanya . kami sekarang sedang bertungkus-lumus , tongkang-terbalik , berhempas-pulas dalam medan trial spm . huhu . meskipun mood raya masih segar bugar , tapi ape kan daya , lupa kan jelah jawabnya .
 
tajuk :: hati tak keruan ::
 
sebenarnya nak cerita sikit tentang diri sendiri ni yang dah banyak berubah . huhu . ape nak jadi pun dah tak tahu . semakin nak menjelang spm , semakin bertambah mim alif lam sin nya . oh zahra . ape nak jadi dengan awak ni ? lepas perginya my beloved month >ramadhan< , terus dah tak struggle nak study . macam relex-relex je . amboi . tak sedar dek nak mengadap spm . astagfirullah ! 
 
  kembar di sekolah
    ustazah siti salmiah
 
kenapa malas tu semakin rapat ni dengan zara . oh tidak , dah tak dapat spend time dgn al-Quran dan ma'thurat lepas maghrib , dah tak consistent bangun pagi even nak solat tahajud . ya Allah . dah semakin tak terurus dah . kuatkan lah hati ni . kenapa jadi semakin tak keruan dan jiwa tak tenteram . mungkin dah tak jadi close friends dengan Al-Quran . zara oh zara , kuatkan lah hati .
 
spm tinggal berapa hari lagi . come on ! change yourself . lupe kan perkara-perkara yang remeh temeh , lupakan hobi yang pelik-pelik tu . forget . ni pun tinggal last paper trial . semoga dapat jawab dengan baik nanti . kepada calon JA057A068 , semoga hati mu diberikan hidayah untuk berubah , belajar bersungguh-sungguh , berjaya dalam hidupmu dunia dan akhirat , dan buat mak dan abah tersenyum bangga . insyaAllah zara boleh . kuatkan lah hati ini .
 

 saya si pengawas bersama
 Adibah Arbaan
 

bersama pelajar cemerlang sekolah
nur fauziah mohd haya
dari kiri : zara . adawiah . elly
 
 
semoga kami mendapat kejayaan cemerlang dalam spm kami .
sekian salam sayang . zahra .
 
 
 


Wednesday 15 August 2012

kad raya 2012 .



hai sahabat yang disayangi Allah .
semoga sentiasa di dalam rahmat-Nya .

sebenarnya nak berkongsi cerita . tentang hari yang sangat gembira . hari terakhir sekolah sebelum menyambut hari raya . sangat seronok . paling menyeronokkan tu adalah dapat kad raya dari kawan-kawan . unexpected sangat . terima kasih banyak-banyak  kawan . saya berjaya dapt kad raya sebanyak 8 kad . Alhamdulillah . ada orang yang mengingati saya dalam menyambut Aidilfitri yang bakal menjelma nanti .

terima kasih kepada ::

Fatin Azira Abdul Rahman . Mohamad Azri Zakaria . Yayasan GPMS ,
Nur Adawiah Zainun Salikon . Nur Fauzani Rasat . Muhamad Fitri . Muhamad Arif .
dan duit raya dari cikgu kelas tersayang Puan Azita Abdul Rahim .

mintak maaf dapat balas dua daripada yang tertera sebab tak cukup bajet . maaf teramat sangat . insyaAllah kalau ada rezeki sebelum habis raya , kad raya anda akan di balas . terima kasih kerana mengingati saya . semoga awak semua dimurahkan rezeki dan mendapat rahmat Allah selalu .

senyuman yang tersirat dibibirmu
menjadi ingatan setiap waktu
tanda kemesraan tersimpul padu
kenangku didalam doamu .

:: semoga Allah memberkatimu ::

*semoga kita tak lupa pada peperiksaan percubaan SPM yang menjelang tiba .

Saturday 11 August 2012

pelik ?



hai semua :)
bercerita lagi . eh ! bukan bercerita .
sebenarnya berkongsi pendapat . hihihi.
jom mulakan  sebuah _____ dgn tajuk pelik  c:

haa . tajuk pon dah lain macam kan ? alahai . bukan ape . tak tahu nak bagi tajuk ape . takpelah . tajuk tak penting . yang penting kan isian nya . hehe . sebenarnya saya pelik lah dengan manusia bulan ramadhan ni . pelik teramat sangat . bulan ramadhan tu bulan yang lebih bik daripada seribu bulan kan ? dan barangsiapa yang berbuat kebaikan , ganjaranyan berlipat-lipat kali ganda . syaiton nirojim pon dah diikat dan dikurung diam-diam oleh Allah .

tapi kan ? kenapa masih ada yang buat muka selamber keluar berpeluk , naik motor sama-sama dengan org bukan muhrim ? satu kemusykilan yang perlu diberi jawapan segera .
semalam saya teman makcik saya pergi shopping bju raya family dia , di carefour . tengah termenung tengok kan macam-macam jenis kasut raya yang masyaAllah bukan main lawa lagi , terlintas tiga orang perempuan yang sedang bermesraan dengan teman lelakinya . nak kate saya salah sangka yang diaorang dah kawin , eh ? macam budak sekolah lagi lah . kononnya hangout dengan kawan-kawan . oh manusia !

oh sayang , truely saya tak jeles langsung lah mase tu . cuma sangat terkejut . nasib tak ade heart attack . kalau tak , tak sempat nak menghabiskan mase bersama kemeriahan ramadhan . depan orang tua lagi . wahai sayang , saya tahu kubur lain-lain tapi , jangan lah terlalu tunjukkan sangat yang awak ada pakwe . saya nak tegur , tapi nanti kan awak kata saya suka jaga tepi kain + seluar awak . even kita tak kenal satu sama lain , tapi saya nak awak tahu , yang tak elok buat perkara macam tu . okey lepas puasa awak punya suka lah nak buat ape . tapi mase bulan ramadhan ni , hormatilah bulan ni . belum tentu awak dapat jumpa bulan ni pada tahun depan tau .

wahai manusia yang disayangi Allah , sedarlah . kita adalah umat akhir zaman yang dimana dilihat untuk berbuat sesuatu kebaikan sangat senang tapi nak laksanakan nya sangat payah .
semoga awak dapat berubah walau sedikit . demi Allah , saya sayang awak dan tak mahu memalukan kaum perempuan dan terkedu menjawab soalan nanti di akhirat .


salam ingatan

:: semoga kita sama-sama menuju kebaikan  ::


Thursday 5 July 2012

fadhilat ramadhan






bissmilahirahmanirahim (n_n)
alhamdulillah kita dah sampai ke bulan syaaban akhir .
sedar tak sedar dah dekat kan kita pada bulan yang paling ditunggu-tunggu .
iaitu bulan RAMADHAN . saya suka sangat bulan ni . ;)

disini saya nak kongsikan dengan awak semua tentang fadhilat ramadhan .

Hazrat Salman r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda kepada kami pada hari terakhir bagi bulan syaaban :

       "wahai manusia ! telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati . Satu bulan yang terdpat di dalamnya satu malam Lailatul Qadar yang lebih baik daripada seribu bulan . satu bulan yang Allah SWT  telah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai satu amalan fardhu . dan berdiri pada malamnya (bertarawih) sebagai satu amalan sunat . sesiapa yang cuba menghampiri Allah padanya dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seorang yang telah menunaikan satu fardhu di dalamnya adalah seumpama seorang yang menunaikan 70 fardhu pada bulan-bulan lain .

         Ia adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah syurga . ia adalah bulan simpati . ianya adalah bulan yang ditambah rezeki kepada orang-orang yang beriman . sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka , maka ia merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan dirinya dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun dari ganjarannya . sahabat-sahabat r.a lalu berkata
" tidaklah setiap daripada kami mempunyai sesuatu untuk diberi kepada orang yang berpuasa untuk berbuka ". maka Rasulullah SAW bersabda " Allah SWT memberi pahala itu kepada sesiapa yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka ".

        Ia adalah satu bulan yang pada bahagian awalnya Rahmat , pertengahannya Keampunan dan diakhirnya Kelepasan Dari Api Neraka . sesiapa yang meringankan beban hamba-hambanya (pekerja-pekerjanya) pada bulan itu maka dia akan diampunkan oleh Allah dan akan dilepaskan dari azab api neraka .

        Perbanyakkanlah pada bulan ini empat perkara . kamu meredhakan Tuhan kamu dengan dua perkara dan dua perkara lagi yang kamu tidak boleh tidak kamu memerlukannya . ada pun dua perkara yang kamu dapat meredhakannya Tuhan kamu dengan nya adalah penyaksian bahawa Tiada Tuhan Selain Dari Allah ( LAILA HAILALLAH ) dan kamu memohon istighfar daripadaNya . sementara dua perkara yang tidak boleh tidak kamu perlukan nya ialah memohon Syurga dari Allah dan meminta Perlindungan Dari Api Neraka .

         Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah SWT akan memberinya minum dari telagaku ( pada hari kiamat ) , dengan sekali minum , dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk kedalam Syurga " .

SUBAHANALLAH !
banyak sunggh kebaikan bulan ramadhan .
ini belum lagi saya bercerita lebih terperinci tentang kebaikan solat terawih .
kebaikan malam lailatulkadar . Allahuakbar .

duhai teman , sama-sama lah kita berusaha untuk merebut segala ganjaran yang Allah berikan kepada kita pada bulan ramadahn kerana sesungguhnya Syaitan telah diikat pada bulan itu . semoga kita terpelihara daripada godaan Nafsu semata-mata . insyaAllah .

selamat datang ramadhan .

#take note

Saturday 23 June 2012

sahabat


kenangan terindah


anta sihat ?
Alhamdulillah~
nikmat Allah masih kita perolehi . ^_^

 
SAHABAT ? BESTFRIENDS ? KAWAN ? TEMAN ?
 

awak semua mesti ada kawan kan ? org yg kedua paling kita rapat selain ibu dan ayah kita . hari pertama ke sekolah , dah ade org senyum dekat kita . dia beri salam , salam tgn kita dan tanya nama awak sape .s weet kan mase tu ? kali pertama berkenalan . cuba bayangkan semula kenangan tu . pasti kita akan tersenyum manis . best kan mase tu ? andai boleh kembali semula . betapa manis nya muka kita mase kecik-kecik dulu .

kemudian persahabatan tu bercambah dan terus berkembang . melalui sekolah , facebook , saudara mara , terserempak , dan macam-macam cara lagi . dan perhubungan itu semakin erat dan erat . namun , andai ada masalah berlaku , contohnya tiba-tiba awak dan kawan awak tu suka pada org yang sama . mcm mane tu ? awak terdengar cerita dari org lain yang kawan awak tu ada kutuk awak . awak anggap kawan awak tak perdulikan awak .

ishh-III . jangan lah awak cepat salah sangka . kan awak lebih mengenali dia berbanding org lain . dah lama awak tahu perangai dia berbanding orang lain kan ? awak nak percaya kan orang lain berbanding dia ke ? tak kan . kerana dia adalah senyuman awak . 

wahai sahabat , saya sayang awak semua . walau apa pon yang berlaku . persahabatan kita akn tetap kukuh dan tiada siapa boleh runtuhkan . kuatkan lah hatimu , sesungguhnya ujian itu adalah untuk menguji kesetiaan persahabatan kita . semoga Allah beri kita kebaikan disetiap ujiannya . semoga kita tabah menghadapinya duhai sahabat yang dikasihi . demi Allah , saya sangat menyayangi awak semua <3



sitifazira.farahnabila.ramlah.nabilah.yusninaamira.marlisafarhana.hidayatulmubtadein.

nuradawiahzainun.adibah.nuradibahzakiah.nurfatin.suhaili.syahira




Saturday 16 June 2012

kaya harta @ kaya akhlak ?




 Bismillahirahmanirahim~

dalam zaman milinium yg sedang menuju era serba moden ni , sering kita dengar tentang kegahairahan mencari wang .  wang tu dlm bahasa lembut nye duit . jadi kiranya org sekarang ni lebih pentingkan kesenangan dari segalanya .

tak tahu lah kenapa manusia sekarang ni lebih suka bergaul dengan orang yg berada je . yang mampu beli itu dan ini . org yg kurang berkemampuan ditolak tepi dan dipandang remeh .

jika diperhatikan , orang lebih nak bergaul dengan orang yg berharta , berkereta besar . apabila minta diberi pandangan , yang tawadu' dan sentiasa bersederhan tu punyai pandangan bernas , namun disangkal sehabisnya oleh si kaya . mengapa ?



jangan menindas  !


orang sering memandang rendah pada orang yg biasa-biasa . tahu tak , orang yang takabbur , riak dan sombong tu amalan kebaikan nya akan tersekat di pintu langit ke tiga ? itu baru yang ke tiga , langit kan ada tujuh ?  takabur tu sifat Allah paling tak suka . silap-silap haribulan ape yang awak ade , akan ditarik semula . tak mustahil kan ? lagipun pasti insan yang kita rendahkan itu akn berkecil hati dengan kata-kata kita . masyaAllah .

sebenarnya kaya ahklak lah yang mampu menjadikan kita seorang hamba yang tawaduk , sentiasa sedar akn kekurangan diri , dan tak sombong di muka bumi Allah ni . sebab Allah pernah berfirman ,

" bahawa kita makhluknya ni semuanya sama disisi Allah tetapi yang membezakannya adalah iman dan taqwa "
 
jadi insafilah wahai manusia , telitilah setiap perbuatan selama ini . andai terlepas laku , mohonlah maaf secepat mungkin  . ingat ! setiap org mempunyai hati dan perasaan . fahamilah .

biar kita tak kaya harta seperti Qarun
tapi biar kita kaya akhlak seperti junjungan besar
NABI MUHAMMAD SAW . insyaAllah




Wednesday 16 May 2012

cikgu ! selamat hari guru !










"selamat hari guru , cikgu !"
"selamat hari cikgu , guru !"


macam same bunyi nya kan ? tapi mendalam tau maksud nya . satu hari je kan hari kita menyambut dan menghargai jasa dia . sedangkan mereka semua didik kita 360 hari , tak tolak cuti , tanda hormwork kita yang lubang-lubang tu , taip dan analisis markah exam kita yang sangat baik+cemerlang tu , yang cari buku-buku latihan untuk dikumpulkan soalan-soalan dan ditaip untuk kerja sekolah kita , yang bersengkang mata buat kan cara paling mudah nak bantu kita buat kerja kursus . tengok tu ? betapa banyak nya pengorbanan mereka kan ? ni baru muqadimah je . belum lagi cerita karenah kita yang baik lagi sopan santun dalan kelas tu . agaknya kalau bagi letak seekor harimau yang garang suruh ajar kita satu hari , mmg hilang suara lah jawab nya harimau tu . kalau bagi seekor kura-kura yang paling sabar suruh ajar kita sehari je pun agak nya dah terjun gaung sebab tak tahan kan ? yelah kita kan pelajar paling baik , paling dengar kata kan ? siapa terasa harap muhasabah lah diri tu cepat-cepat yea awak . bukan saya baik sangat , tapi , sama-sama lah kita bertaubat . ;)

tahu tak , kajian menunjukkan yang kebanyakan para guru di malaysia ni kerap kali berjumpa dengan Doktor Psikologi untuk dapat kan nasihat . hahh ?! biar betul ni ? tiputiputipu ! ehh-II , betul lah ! sapa kata saya tipu ni ? guru-II ni pergi dapatkan nasihat mcm mana nak hilang kan stress . mane tak sakit otak dibuat nya mengadap kita yang ade setengahnya perangai mcm hantu . tak reti nak duduk diam . nak kata tak faham bahasa , majoriti org melayu kan ?

kalau sekarang kita tengok ada yang dah jadi doktor , pensyarah , peguam , ahli perniagaan , perdana menteri , akauntan , malahan jutawan sekalipun , semua nya bermula dari seorang guru biasa . kata-kata ni dipetik dan di copy paste dari ucapan ketua pengawas sekolah saya pagi tadi . terdiam saya dibuat nya . jadi yang dah berjaya tu , jangan lupa pada jasa guru . kalau lalu dekat pasar ternampak cikgu mase sekolah rendah sekali pun . tegurlah dia . cikgu kita tu tak mintak tumpang pun kereta baru beli + baru basuh awak tu , tapi dia cuma nak tengok awak berjaya dan jadi orang yang berguna je satu hari nanti . ?
 
 tingkatan 4
dulu berbakti sebagai penolong




sekarang dah pencen jadi penolong .
berbakti sebagai seorang pengawas pulak


sebenarnya tak kira nak jadi apa di sekolah tu , saya tak wajib kan suruh dapat kan jawatan tinggi . kan tak pasal-pasal 1 kelas ada 20 orang ketua kelas pulak , 10 orang pengawas pulak . ada jugak yang bertarik tudung nak jadi penolong . just to be yourself . tapi cuba dan cuba untuk jadi yang terbaik serta memperoleh kejayaan  untuk dia . pasti dia akan tersenyum manis dan berbangga terhadap kita .


akhir kata sayangi lah cikgu-cikgu kita yang bertungkus-lumus , bertongkang-terbalik ,
bermati-matian nak buat kita berjaya . cikgu , semoga Allah sentiasa merahmatimu .
jasamu akan saya kenang sehingga akhir hayat saya .
cikgu cikgu , saya sayang cikgu .







love teacher ! thank you teachers ^_^


Saturday 5 May 2012

facebook .






sebenarnya apa kegunaan facebook ? untuk bersosial denagn orang luar ? ke untuk menambah kawan atau untuk mencari masalh peribadi orang ? tak pastilah mana satu tujuan kita berfacebook . bagi saya facebook ni tempat untuk meluangkan masa lapang . nak tahu isu semasa dan keadaan kawan-kawan saya yang jauh dimata namun dekat di hati ini .

tapi saya pelik tengok yang sesetengah ahli facebook . letak gambar yang tak sepatutnya . tentulah awak tahu , perempuan lah yang buat mcm ni kan . kenapa ? apa tujuan buat macam tu ? nak tunjuk dekat siapa agaknya ? saya jugak perempuan . tetapi berpada-pada lah sikit wahai sayang . jangan sampai lelaki label kita yang bukan-bukan . saya bukan memanda-mandai tapi kawan saya yang bernama lelaki pernah bertanya pada saya :

" zara , kenapa orang perempuan suka dedah aurat ? dalam facebook tu aku tengok bukan main lagi . apa tujuan sebenarnya ? "

Ya Allah , apa agaknya saya nak jawab . segan rasanya ada orang lelaki tanya macam tu . saya cuma tersenyum dan berkata " setiap orang berpandangan lain-lain" . lalu kawan saya pun tersenyum dan kembali menumpukan semula pada pengajaran . saya tak marah awak tak pakai tudung , hidayah di tangan Allah . tapi jgn paki baju bertali-tali sampai boleh menimbulkan sesuatu perasaan pada kaum lelaki . saya sayang awak wahai perempuan . sebab tu sya menasihati awak . semoga kita sama-sama perbaiki .

#seindah hiasan adalah wanita solehah

Saturday 28 April 2012

bidadari syurga .

 

~seindah hiasan adalah wanita solehah~

subahanallah ! cantik nya mereka yang tersenyum manis nun jauh disana .Alhamdulillah , beruntunglah mereka . :D . semalam saya baru balik dari kem DAURATUNNISA' sempena kem untuk imamah-imamah remaja sekolah-sekolah daerah Batu Pahat . seramai 5 orang dipilih dari sekolah saya , iaitu :
--> Siti Az Zahra Binti Ahmad Satar (tingkatan 5 )
-->Nur Adawiah Zainun Binti Salikon (tingkatan 5)
-->Ummu Audadi Zaiyyanah Binti Ahmad Ridhaudin (tingkatan 3 RK1)
-->Nurul Najwa Binti Mohammadiah (tingkatan 2 RK1)
-->Nur Hanis Hannani Binti Rosli (Tingkatan2 RK1)

seramai lebih seratus orang yang terpilih ke sana iaitu di Smk Sri Gading selama 2 hari 1 malam . saya ditempatkan di dorm As-Sakinah di tingkat 3 hujung . pengalaman yang indah pernah dikecapi bersama rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama mengikuti program ini.ALHAMDULILLAH .

namun, ada sebuah cerita saya nak berkongsi .tentang seorang perempuan yang saya anggap seperti bidadari syurga . subahanallah ! nama beliau ialah Nur Hamizah Humaira' . pelajar tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sulaiman (SMKDS) . mengapa beliau saya anggap seperti seorang bidadari syurga ? kerana peribadi dan perlakuan nya seperti seorang wanita muslimah yang sejati . subahanallah ! walaupun saya tidak berkesempatan untuk mengambil gambar bersama nya tapi saya boleh gambarkan dirinya .

seorang perempuan bertudung labuh


sangat manis dipandang . senyuman nya yang manis dan sentiasa menundukkan pandangan .Tutur katanya penuh sopan santun dan berbudi pekerti . pada malam jumaat malam sabtu ketika solat isyak , beliau telah dipilih untuk menjadi imam untuk mengetuai kami solat secara berjemaah . beliau adalah imam terbaik di kalangan mereka , setiap lafaz nya dalam membaca ayat Al-Quran sanagt mengagumkan , penuh merdu dan menenagkan hati . subahanallah ! tak tersangka Engkau menciptakan perempuan seperti ini . penuh kagum
daku melihatnya .
Semasa majlis perasmian penutup , saya sempat menghulurkan kertas kecil dan menyuruhnya menuliskan alamat , nama penuh , nombor telefon , tarikh lahir dan ucapannya untuk saya . dan ini lah ucapan nya :

"muslimah yang gagah , muslimah yang tidak gusar pabila di mana dia disishkan sewaktu dia sedang berubah menjadi wanita solehah ... Jaga aurat+iman+solat dan terus istiqamah dalam menjadi wanita solehah ... Salam ukhuwah dari saya Humaira' ...... ^_^
*sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah .

subahannallah ! Allahumma Amin . Syukran ukhti ^_^ .

carilah teman apabila dilihat wajahnya
teringat akan Allah ,
setiap percakapannya
memberi kita ilmu ,
mendengar perbualan nya
iman kita bertambah ,
dan
apabila kita mendapinginya
kita akan mendapat ketenangan .

terima kaseh Humaira' kerana sudi menjadi sahabat kita ^_^

sahabat yang beriman
ibarat mentari yang menyinar ,
sahabat yang setia
ibarat pewangi yang mengharumkan ,
sahabat yang sejati
menjadi pendorong impian ,
sahabat yang berhati mulia
akan membawa kita ke taman syurga . .

ya Allah , azamku ingin menjadi seperti nya . permudahkanlah jalanku .
andai kami tidak berkesempatan lagi untuk bertemu di alam duniamu ,
wahai Tuhanku yang maha Penyayang ,
temukan lah kami di taman syurga supaya kami dapat menikmati pemberianmua . syukur alhamdulillah Ya Allah , kerana Engkau mengurniakanku sahabat seperti dia . semoga ukhuwah kita kekal berkekalan selamanya . aminnn . . ^_^


lagu imamah remaja : Ainul mardiah-UNIC

Uhibbulkafiah :: aku mencintaimu kerana Allah :)
semoga kita dapat berjumpa di taman syurga :)

Wednesday 25 April 2012

fitrah lelaki dan perempuan .





assalamualaikum .
hari ni nak cerita tentang perempuan dan lelaki .
secara am nya seperti yang kita tahu , makhluk Allah ni semuanya telah pun diciptakan secara berpasangan . Alhamdulillah . tapi pasangan yang mcm mana ?  semestinya pasangan yg sesuai untuk nya . seperti yang telah Allah firman dalam surah An-Nur ayat 35 :

"lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik"

 Allah dah beri jaminan dah pada kita .  jadi tak perlu lah nak risau-risau . tak perlu lah nak bergaduh bertarik tudung hanya merebutkan seorang lelaki , bertengkar sepak terajang
semata-mata kerana merebut seorang lelaki . malahan , tak perlu nak berusaha mencari pasangan atau nama sedap nya "couple" lagi-lagi masa zaman persekolahan ni . bukan nak kata tak boleh , tapi takut khayal . tapi yang boleh maintain tu , Alhamdulillah , teruskan lah secara ikhlas . berkekalan ke jinjang pelamin .

 kita sebernarnya tak boleh nak nafikan yang kita tak ada perasaan sedikit pun suka pada orang . mesti ada , sebab kita semua sudah baligh kan ? cuma awak semua kena lah pandai mengawal perasaan , jangan sampai terjerumus ke lembah yang tak baik (zina) . diri sendiri yang susah nanti .

wahai perempuan , tahukah kamu seandainya si lelaki tersentuh anggota kamu walau dalam keadaan tak sengaja , akan timbul sesuatu perasaan yang berlainan ? wahai lelaki , tahukah kamu bahawa hati seorang perempuan tersangat halus dan lembut ? oleh itu wahai perempuan , jagalah batas pergaulan kamu . kamu adalah sebuah perhiasan yang tidakterhingga nilai nya .

"seindah hiasan adalah wanita solehah"

oleh itu wahai kaum adam , mengertilah perasaan kaum hawa yg sememang nya hati mereka sangat lembut dan halus , sensitif dan mudah tersentuh . hanya sebaris senyuman dari kamu akan membuat kan si kaum hawa tersentuh dan akan mengingati nya . hargailah antara satu sama lain . kasih sayang itu harus hukum nya , namun ? atas dasar islam dan niat nya kerana Allah .


"kalau awak nak cinta dan kasih sayang saya ,
  dapatkan cinta dan kasih sayang ALLAH dengan ikhlas ,
  nescaya percayalah ,
  cinta dan kasih sayang saya untuk awak
  akan ikhlas hanya kerana ALLAH . "

         UHIBBULKAFILAH
>aku mencintaimu kerana Allah<

                                   
                                                                                                                            
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...