tika ku kealpaan , kau bisikkan bicara keinsafan , kau beri kekuatan tika aku diuji dengan dugaan , saat ku kehilangan keyakinan , kau nyalakan harapan , saat ku meragukan keampunan Tuhan , kau katakan rahmatNya , mengatasi segalanya . .

Friday 29 March 2013


sahabat selamanya
 

 
salam dihulur selembut sutera .
semoga diredhai Allah dan dirahmati selalu :)


Alhamdulillah , segala puji bagi Allah yang sentiasa menyayangi hamba-hambanya . meskipun hamba-hambanya selalu lupa kepadaNya . hari ini nak bercerita tentang tarikh keramat bagi pelajar yang sedang menunggu keputusan Spm pada 21.April.2013 .

macam-macam berlaku pada hari sebelum menjelang tarikh yang dinanti tu . kalau buka laman sosial facebook , tak terkira kawan-kawan sebaya yang buat status menghitung hari , detik berlalu , berapa hari lagi :) semangat betul kawan- kawan ni buat status yang menampakkan keterujaan nak ambil keputusan SPM .

pada pagi hari 21.April.2012 , datng ke sekolah dengan kawan-kawan iaitu Nur Adawiah Zainun (eiya) dan Suhaili (elly) . kami sama-sama pergi naik kerat yang dipandu oleh zulkhairi . untunglah pandai bawak kereta dan dah ada lesen . cemburu nya !
sampai sekolah jumpa dengan kawan-kawan lain . paling seronoknya datang saing sahabat
boeno , nurhanani (nani) :) masing kawan-kawan yang lain berbaju kurung bermacam-macam warna dan gaya . ada jugak yang tak nak kalah datin  bergaya bukan main . harap-harap dapat result yang cemerlang :)

masuk dewan terus ke kaunter pelepasan hutang untuk dapatkan kupon kecik yang menandakan kita takda hutang dan boleh amik sijil berhenti dan slip SPM . dengan debaran yang menggila sebab semua pelajar sekolah junior dah pun turun bawah bawak majalah sekolah . bila bebrapa ibu bapa pelajar dah sampai . cikgu tajuddin merangkap guru penolong kanan pentadbiran naik pentas diiringi puan pengetua , puan hajah rokiah binti mahmud dan juga bersama cikgu hamisah memgang dulang berisi keputusan pelajar cemerlang .

debaran buakna main kemuncak . hanyaAllah yang tawu betapa takutnya masa tu . bila penerangan keputusan diumumkan , tibalah masa pengumuman pelajar cemerlang yang dapat 5A dalam SPM . nama dipaparkan dekat slide show dan di panggil ke atas pentas untuk menerima slip SPM daripada puan pengetua . diikuti 6A , pelajar 7A , pelajar 8A , pelajar 9A , dan juga pelajar paling cemerlang yang mendapat 10A :)

tahniah dan syabas ducapkan kepada pelajar cemerlang yang mendapat 10A dalam SPM . pelajar aliran sains tulen Nur Fauziah Binti Mohd Haya :) alhamdulillah , berkat usaha dia yang tak pernah putus selama ni . tahniah pau ! saya ? alhamdulillah dapat 6A , Adawiah dan Adibah Arbaan dapat 7a , Hanani dapat 5A . alhamdulillah . semoga sahabat-sahabat lain juga terus berusaha pada masa akan datang .

Alhamdulillah , segala puji-pujian dibalikkan semula kepada Allah .
semuanya atas empat perkara yang disebut sebagai DUIT :
D - doa
U - usaha
I  - ikhtiar

T - tawakal
renungi semula adakah kita semua telah berjaya melaksanakan keempat-empat perkara ni , insyaAllah berjaya dan doa kita serta segala penat lelah kita menjadi kenyataan :)

sesungguhnya setiap kejayaan yang kita perolehi adalah pinjaman dari Allah semata-mata . kalau kita lupa dengan apa yang kita dah dapat . tak mustahil akan ditarik semula .

semoga sahabat-sahabat yang dirindui selalu akan terus berjaya pada masa hadapan :)

 
 

adibah . adwiah . zahra . azlan


wasimah . syikin . adawiah . zahra

sahabat 5 jelutong
 
 

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...