tika ku kealpaan , kau bisikkan bicara keinsafan , kau beri kekuatan tika aku diuji dengan dugaan , saat ku kehilangan keyakinan , kau nyalakan harapan , saat ku meragukan keampunan Tuhan , kau katakan rahmatNya , mengatasi segalanya . .

Friday 30 November 2012

sweetnya~

~pengantin baru~
 
hai assalamualaikum antum~
 
nampak tak gambar kat atas ni ? sweet kan mereka ? mereka berdua ni pengantin baru . dapat maklumat ni dari facebook . ya Allah sweetnya ! ! ! memang sangat tertarik lah dengan pasangan ni . ada aura mereka tersendiri tau tengok gambar ni . ade sesiapa yang pasang angan2 nak jadi macam ni tak ? kalau ada tu alhamdulillah , hidayah telah awak perolehi . kalau takde ? hmm~ semoga Allah turunkan hidayah pada awak secepatnya . aminn
 
alang2 dah masuk bab kawin2 ni kan , boleh jugak sentuh bab cinta sekali . mula2 nak buat analisis item . ade ke manusia dalam dunia ni tak pernah ade perasaan suka pada insan berlawanan jantina dgn nya ? jeng3 . teeeettttt~ mestilah tak ada kan . sebab Allah dah ciptakan manusia ni sentiasa tertarik dengan jantina yang berlawanan dengan nya . masyaAllah . tak sangka begitu sempurna ciptaan Nya .
 
sesetengah orang ada cakap yang bercinta selepas kawin tu adalah yang terbaik . saya sokong ! sebab bila bercinta selepas kawin ni macam2 faedah kita dapat . yang pastinya semua tentang orang yang bakal kita kawini tu adalah rahsia . dan rahsia tu kan kita bongkar lepas kawin nanti . tak ke sweet gitu . hehe . kalau yang dah bercinta sebelum kawin , semua tentang dia kita dah tawu . jadi nanti dah tak ada yang special dalam kehidupan kita . hilang dah semangan inkuiri kita pada dia .
 
dengan adanya macam tu , segala pergaulan kita akan terjaga , nak jumpa pun segan , nak tegur pun segan , nak bergurau lagilah segan , pakej dgn nak jalan same2 pun segan . haa , bila semua nya dah jadi segan maknanya kita ada perasaan malu . alhamdulillah~ malu tu sebahagian daripada iman . kalau boleh bertepuk tampar , peluk sana peluk sini , pegang sana pegang sisni , naik motor kesana kemari , tu nampaknya dah hilang rasa malu . harapnya taklah . sebab bila hilang je perasaan malu pada diri kita ni , maka iman kita pun hampir hilang . iman kita ada masalah .
 
duhai teman , jangan lah engkau bimbang , Allah sudah menetapkan sejak azali lagi siapakah jodohmu . dan setiap jodoh yang dipertemukan tu akan saling melengkapi antara satu sama lain . yang saya tahu lah kan , orang kata kalau kita ni jenis pendiam , jodoh kita adalah orang yang ceria dan peramah . begitulah sebaliknya . subahanallah ! Allah sentiasa nak manusia ni dalam keadaan sempurna . terima kasih ya Allah ! semoga kita akan terus memperbaiki diri kita . perbaiki amal , iman , taqwa ,dan peribadi kita . harapnya dia juga turut sama dalam proses bermujahadah . agar kita dapat bina sebuah keluarga yang bahagia dan mendapat keredhaan Allah . aminn
 
  nurul iman
 


Wednesday 21 November 2012

seandainya . . .


cinta itu menggembirakan .
bukan memberi kedukaan .
 
cintailah Allah ,
nescaya cintamu kepada
makhluknya juga akan terpelihara ..
 
 
Jika aku jatuh hati ,
Izinkan lah aku menyentuh hati seseorang yg ikhlas menyintaiku . .
Agar aku tidak jatuh ke dalam jurang cinta nafsu . .

Jika aku jatuh cinta ,
Cintakan lah aku pada seseorang yang melabuh kn cintanyayg sejujur2nya ,
Sesungguhnya cinta itu bernilai dan berharga buat diriku . .

 
Tapi . .
Jika cinta itu bukan benar2 milikku ,
Aku harus akui nya kerana cinta dan kasih sayang manusia ,
Hanyalah setitis jika dibandingkan dengan selautan cinta dan kasih sayang Allah . .
Sekiranya aku kehilangan setitis itu ,
Ia tidak akn menjejaskan kehidupan ku ,
selagi yang selautan itu masih aku miliki . .

semoga cinta Allah itu kekal aku miliki ,

kerana kerana cintaNya , aku akn disayangi hamba-hambaNya ..


 
~uhibbulkafilah ~
 


jangan !


 
hai Assalamualaikum hamba-hamba Allah !





Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.

Akhirat itu lebih utama

dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya


Jangan sengaja lewatkan solat.

Perbuatan ini Allah tidak suka.

Kalau tertidur lain cerita.


Jangan tidur selepas solat Subuh,

nanti rezeki mahal

(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).


Jangan makan tanpa membaca

BISMILLAH dan doa makan.

Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


Jangan keluar rumah

tanpa niat untuk membuat kebaikan.

Takut-takut kita mati dalam perjalanan


Jangan biarkan mata liar di perjalanan.

Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


Jangan menangguh taubat bila berbuat

dosa kerana mati boleh datang

bila-bila masa.


Jangan ego untuk meminta maaf pada

ibu bapa dan sesama manusia

kalau memang kita bersalah..
 

Jangan mengumpat sesama rakan

taulan. Nanti rosak persahabatan ,

kita hilang bahagia


Jangan lupa bergantung kepada ALLAH

dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.

Kalau gagal kecewa pula.


Jangan bakhil untuk bersedekah..

Sedekah itu memanjangkan umur .


Jangan biasakan berbohong,

kerana ia adalah

ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.


Jangan suka menganiaya

manusia atau haiwan.

Doa makhluk yang teraniaya

cepat dimakbulkan ALLAH


Jangan mempertikaikan kenapa

ISLAM itu berkata JANGAN.

Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang

terbaik untuk hamba ciptaanNya.

sabda rasulullah :
"sampaikan salamku walau sepotong ayat"

 




 




 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...