tika ku kealpaan , kau bisikkan bicara keinsafan , kau beri kekuatan tika aku diuji dengan dugaan , saat ku kehilangan keyakinan , kau nyalakan harapan , saat ku meragukan keampunan Tuhan , kau katakan rahmatNya , mengatasi segalanya . .

Saturday 28 April 2012

bidadari syurga .

 

~seindah hiasan adalah wanita solehah~

subahanallah ! cantik nya mereka yang tersenyum manis nun jauh disana .Alhamdulillah , beruntunglah mereka . :D . semalam saya baru balik dari kem DAURATUNNISA' sempena kem untuk imamah-imamah remaja sekolah-sekolah daerah Batu Pahat . seramai 5 orang dipilih dari sekolah saya , iaitu :
--> Siti Az Zahra Binti Ahmad Satar (tingkatan 5 )
-->Nur Adawiah Zainun Binti Salikon (tingkatan 5)
-->Ummu Audadi Zaiyyanah Binti Ahmad Ridhaudin (tingkatan 3 RK1)
-->Nurul Najwa Binti Mohammadiah (tingkatan 2 RK1)
-->Nur Hanis Hannani Binti Rosli (Tingkatan2 RK1)

seramai lebih seratus orang yang terpilih ke sana iaitu di Smk Sri Gading selama 2 hari 1 malam . saya ditempatkan di dorm As-Sakinah di tingkat 3 hujung . pengalaman yang indah pernah dikecapi bersama rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama mengikuti program ini.ALHAMDULILLAH .

namun, ada sebuah cerita saya nak berkongsi .tentang seorang perempuan yang saya anggap seperti bidadari syurga . subahanallah ! nama beliau ialah Nur Hamizah Humaira' . pelajar tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sulaiman (SMKDS) . mengapa beliau saya anggap seperti seorang bidadari syurga ? kerana peribadi dan perlakuan nya seperti seorang wanita muslimah yang sejati . subahanallah ! walaupun saya tidak berkesempatan untuk mengambil gambar bersama nya tapi saya boleh gambarkan dirinya .

seorang perempuan bertudung labuh


sangat manis dipandang . senyuman nya yang manis dan sentiasa menundukkan pandangan .Tutur katanya penuh sopan santun dan berbudi pekerti . pada malam jumaat malam sabtu ketika solat isyak , beliau telah dipilih untuk menjadi imam untuk mengetuai kami solat secara berjemaah . beliau adalah imam terbaik di kalangan mereka , setiap lafaz nya dalam membaca ayat Al-Quran sanagt mengagumkan , penuh merdu dan menenagkan hati . subahanallah ! tak tersangka Engkau menciptakan perempuan seperti ini . penuh kagum
daku melihatnya .
Semasa majlis perasmian penutup , saya sempat menghulurkan kertas kecil dan menyuruhnya menuliskan alamat , nama penuh , nombor telefon , tarikh lahir dan ucapannya untuk saya . dan ini lah ucapan nya :

"muslimah yang gagah , muslimah yang tidak gusar pabila di mana dia disishkan sewaktu dia sedang berubah menjadi wanita solehah ... Jaga aurat+iman+solat dan terus istiqamah dalam menjadi wanita solehah ... Salam ukhuwah dari saya Humaira' ...... ^_^
*sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah .

subahannallah ! Allahumma Amin . Syukran ukhti ^_^ .

carilah teman apabila dilihat wajahnya
teringat akan Allah ,
setiap percakapannya
memberi kita ilmu ,
mendengar perbualan nya
iman kita bertambah ,
dan
apabila kita mendapinginya
kita akan mendapat ketenangan .

terima kaseh Humaira' kerana sudi menjadi sahabat kita ^_^

sahabat yang beriman
ibarat mentari yang menyinar ,
sahabat yang setia
ibarat pewangi yang mengharumkan ,
sahabat yang sejati
menjadi pendorong impian ,
sahabat yang berhati mulia
akan membawa kita ke taman syurga . .

ya Allah , azamku ingin menjadi seperti nya . permudahkanlah jalanku .
andai kami tidak berkesempatan lagi untuk bertemu di alam duniamu ,
wahai Tuhanku yang maha Penyayang ,
temukan lah kami di taman syurga supaya kami dapat menikmati pemberianmua . syukur alhamdulillah Ya Allah , kerana Engkau mengurniakanku sahabat seperti dia . semoga ukhuwah kita kekal berkekalan selamanya . aminnn . . ^_^


lagu imamah remaja : Ainul mardiah-UNIC

Uhibbulkafiah :: aku mencintaimu kerana Allah :)
semoga kita dapat berjumpa di taman syurga :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...