tika ku kealpaan , kau bisikkan bicara keinsafan , kau beri kekuatan tika aku diuji dengan dugaan , saat ku kehilangan keyakinan , kau nyalakan harapan , saat ku meragukan keampunan Tuhan , kau katakan rahmatNya , mengatasi segalanya . .

Tuesday 16 April 2013

Persada Johor


hai ! salam dihulur semanis warkah cinta dari seorang muslimin .
semoga dirimu sentiasa dirahmati dan diredhai Allah selalu :)

Persada Johor ? apakah itu ?
haa , kalau tak tahu , search lah dekat google .
gunakan kelebihan google dengan sebaiknya .

hari ahad lepas bersamaan dengan tarikh 14.04.2013 , di Persada Johor telah mengadakan Karnival Jom Masuk U khas buat semua manusia tak kira pelbagai kaum , pelbagai usia , pelbagai rupa dan pelbagai latar belakang . semuanya di alu-alukan untuk ke Karnival . kat Johor Bharu ni adalah penutup bagi Karnival jom masuk U sebab sebelum ni dah merata karnival ni diadakan kat seluruh Malaysia :)

tahniah berganda buat yang datang dengan macam-macam usaha . karnival ni pengisian nya sangat bagus ! sebab dalam ni banyak kita dapat pendedahan tentang sesuatu tempat atau lebih dikenali sebagai IPT (INSTITUT PENGAJIAN TINGGI) tak kira awam , swasta , kemahiran dan kolej-kolej yang diiktiraf . yang pastinya semua yang hadir memang akan berpuas hati sebab dapat macam-macam maklumat tentang nak sambung belajar .

ada yang bagi pamplet , terus isi borang , tawaran biasiswa , dapat jumpa lecturer nya sendiri . macam masa ahad tu saya pergi karnival ni . pergi part UITM , tanya pasal program DPA , kebetulan ada lecturer nya sendiri . haa , memang seronok dapat berinteraksi dengan lecturer nya . orang nya lembut bukan main , tenang , sabar dan bersemangat . saya yang mendengar penjelasan cik tu masa tu pun rasa bersemangat sama . terima kasih cik UiTM. memeng sangat berpuas hati !
*bagi bunga ^.^

paling best rasanya masa karnival tu adalah dapat jumpa kawan lama dekat SMA Arab Annur dulu . ohh terasa tak dapat dibendung rindunya ! jumpa dengan nur farwizah dan hairun nisya . memang peluk terus ! rindu sangat-sangat ! rupanya diarang sekarang tengah amik STAM dekat Maahad Johor . Alhamdulillah , kalau ada rezeki dan usaha yang lebih , mungkin diarang akan sambung belajar kat Universiti Al-Azhar , Mesir :)
*proud to be their friend !

kemudian jumpa pulak junior dekat SMK Dato Seth , nama dia nur fauzani . terkejut bila dia panggil separuh menjerit ;) comel lah dia ni . selalu kalau jumpa mmg peluk pun terus . rindu nak jumpa dia macam selalu masa jaga PA systerm .
*wish her will be the best in SPM ^_^

lastly jumpa adik tersayang nama nur syafiqah nadhirah a.k.a Eqa . ni lagi satu yang suka menjerit bila nampak orang . comel je budak kecik ni . dah nampak sedikit bulat dah .
*wish her will be the best among the best ^_^

denagn macam-macam IPT yang dipegi , memang semuanya bagus-bagus . takda yang tak bagus . ape-ape pun sekarang berserah pada yang nka mohon tu . kalau bersemangat , masuk mana pun kalau usaha lebih , akan tetap berjaya dan sampai atas . lain lah kalau tak nak berusaha , dah di tolong pun masih berkeras malas sambung belajar , memang tak tahu nak kata ape . diri sendiri yang tentukan masa depan .

*ingat ! jalan masa depan lagi panjang dan penuh dengan cabaran .semoga kita dapat jalani setiap yang datng dengan bersemangat , sabar dan usaha . semoga berjaya di masa akan datang ! fighting !!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...